Monday, August 1, 2011

Ogos 1,2011 = 1 Ramadhan 1432

Alhamdulillah kerana masih berpeluang menyambut Ramadhan buat tahun ini...sudah masuk hari kedua berpuasa..semoga dipanjangkan umur sehingga dipenghujungnya. Abah dah ke offshore dipagi semalam..jadi berbuka dengan anak2..hanya simple sahaja juadah berbuka. Rendang ayam, mee hoon goreng dan sedikit kuih-muih. Bila ditanya kepada Imran,..imran puasa ke? dia mengiyakan padahal asyik makan dan minum aje...kesian dia kerana tidak ada "makan" dikelas pra-sekolah nya...bila ibu menjemputnya...masuk kereta dengan wajah yang kurang senang bagitahu dia lapar..ibu dah bagi "sahur" sebelum ke sekolah...
Ammar dah 1thn 5bln..semalam sebelum tidur..seperti biasa ibu bacakan doa tidur..dipenghujungnya ammar yang habiskan...amuut...terkejut ibu kerana selama ini apa yang ibu bacakan..dia belajar dalam diamnya...

Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Friday, July 1, 2011

1st July...Day 1 @ Awana for swimming class for kids


Sepanjang June tiada entry...really busy with the preparation of client's accounts. Alhamdulillah sempat submit online sebelum jam 12, 30 June. Syukur padaMu Ya Allah kerana limpah kurnia rezeki yang datang..
Hari ni..hari pertama kelas renang untuk Along, Alang dan Ateh..very good start as the teacher also really nice. Hopefully they can catch all the technique in a short term..selamat lar sket duit..

Tuesday, May 10, 2011

2nd week of May 2011


ammar dah 1thn 1bln setengah..very fast learner..tenguk aje kita buat..cepat aje ikut.. "bbbak...."tangan buh kat perut..solat la tu. sujudnya cam tidur meniarap.. sudah banyak faham apa2 yang dicakapkan..suruh tutup pintu bilik..terus ditutupnya..cuma belum ada perkaataan yang jelas dari mulutnya..
imran..buatkan ibu kad...sibuk mintak kertas..hasilnya ayat yang terbalik...by the way..tq imran...

Monday, May 2, 2011

3rd May 2011

....minggu ni, plan nak break for a week for soy milk coz nak concentrate for those accounts files being submitted by 5 clients. Alhamdulillah rezeki datang lagi...feel like mind theraphy once the bank reconciliation being tally with all those figures..alhamdulillah. Teringat masa attend class of abacus. wah..tidur malam yang best sesangat. esoknya cerita kat tutor tu tidur saya yang amat berbeza berbanding sebelumnya..jawapannya "sempoa" adalah minda terapi..baru dapat sijil asas sempoa... tak tau bila lagi nak sambung selepas 4 tahun tinggalkan sempoa..hmm.nanti ammar besar sket la...
last weekend..stay at Swiss Garden for Slb's family day. Berita mengejutkan dari mah diawal pagi sabtu, kes rompak dan bunuh. Hanyalah dua lorong dari rumah kami..hurmm..minggu lepas memang rasa agak takut sedikit kerana ramainya warganegara asing yang berjalan kehulu kehilir..
membuat panggilan telefon ke pihak yang berkenaan..jawapan agak mengecewakan. Mungkin juga untuk menyedapkan hati sipemanggil kot..dari cerita jiran2..seakan rakyat tempatan aja yang membuat kerja tersebut...
on the way home..wah, ammar bukan main lagi..mengamuk aje..5 kali berhenti, susu pun dia tak nak..jarak yang lebih kurang 50km aje pun dah meragam..plan nak balik kampung bila cuti sekolah tanpa abah, tak tau la...
kemarin..ammar dah pandai buka peti sejuk..haa..satu cabaran baru coz kena becareful..nanti habislah diselongkarnya segala isi didalam. dah lama ibu perhatikan..pantang nampak pintu peti sejuk dibuka..dengan segera dia menerpa..
ammar new words : bok2..untuk keropok..

Thursday, April 14, 2011

..mereka pulang ke alam barzakh...

terbaca kat fb, abg KS tulis ayu dah meninggal..terus refer ke blog prof K..tak jumpa pulak masa dia dijemput Izrail..semoga roh Ayu tenang disana. hanya mengenal ayu melalui blognya tetapi try masuk blognya sebentar tadi, dah tak dapat..hanya invited people aja...bloggers ke4 yang selalu aku kunjungi blognya pergi menemui Khaliqnya..walangkopo, raden galoh..achik kepada anak saudaranya.. kesemuanya mengalami kanser..YaAllah..lindungi diriku, ahli keluargaku, saudara2ku,sahabat2ku dari segala penyakit kanser dan segala yang bencana..ya Allah.. menitik juga air jernih dari kelopak mata...masa dan waktu untuk diri sendiri yang tidak diketahui bila akan pulang ke alam barzakh..YaAllah..akhirkanlah umur kami didalam husnul khatimah..ameen..

14042011

imran got fever from yesterday afternoon...ibu couldn't manage to attend FA class this morning. yesterday morning..while reversing the car, mah coming with the food container......chicken rice. Alhamdulillah as ibu didn't prepare anything for lunch. normally before doing the delivery of soy milk, ibu will cook the rice and preparing some stuff for lunch. Rezeki that's coming unexpected..Allah always said in Quran which is sometime we will get something that we unexpected. Hopefully Allah will refund her with more rezeki..ameen.
new words from ammar..."dish"...his finger pointed to the fish sticker at the kitchen sink. he can't pronounce properly for fish..good try ammar. tonight, coming back from his mak for being giving "asam pedas", ibu ask ammar to find the moon. he pointed to the moon on the sky and his mouth say "mmmm....", good try ammar....











Sunday, April 10, 2011

2nd week of Apr 2011

ammar now 1yr 2weeks old...last 2 days, he got fever..today he start to do his activities..exploring all over the house even from ibu's kitchen cabinet...early in the morning..ibu did some quiz test for him via http://www.fisher-price.com/us/littlepeople/clubhouse/games.asp?section=animalsounds&gameID=LP_AnimalSounds
ammar did very well, he can recognize the animal sound..
bila malam, ibu cerita kat abah yang ammar dah pandai recognize animal sound. jadi ibu pun nak tunjuk skill la..click kat webpage tu..dah ready, ibu pun buat kuiz..hmmm..panda ilar pulak sikecil ni..bila ayam berbunyi, dia tunjuk kat gambar kucing..la..pandai pulak dia main acah2...sampai 3 kali test, dia buat2 pilih yang salah, menduga ibu nampaknya...dia buat senyum2 aje...

Thursday, March 31, 2011

29032011- Ammar now 1yr old

Ammar now one year old, so sorry Ammar coz without birthday cake n birthday party but my love always be with u....

Tuesday, March 22, 2011

3rd week of March


..really busy..can't manage to write lar my dear blog...with the young man..with the accounts job...with the soy..housework...
lately cuaca tak menentu..pagi hujan, tengahari panas terik..petang mendung pulak. dunia diakhir usia dengan yang terbaru dibulan Mac 11, tsunami melanda Sendai...pernah guru Geografi, Miss X (tak ingat dah namanya..puas mencari..suka dia menyebut kisah Sendai dan ladang2nya..cuti sekolah pun tak kemana, abah offshore. dah agak lama tiada job..
cuaca mendung gini pun seakan mengundang rasa sedih aje dihati..sejak dari kematian tok pada 4 Jan..tak putus2 waris terdekat meninggalkan alam fana ini..lbh kurang seminggu dari tok, ayah de him, abang ayah meninggal dinegeri sembilan umah anaknya, abang ipar kak P, ayah Yoe meninggal kerana accident while on the way to work. seminggu lepas tu, mak cik nab anak tokki itang pula menyusul. kemarin su tepon khabarkan suami mok de lenang. petang semalam, staff kepada kawan meninggal kerana accident. sehari sebelum tu, anaknya yang berumur 2 tahun juga terlibat didalam kemalangan yang sama. maut menjemput dalam masa yang kita tidak ketahui bila dia datang pun..Ya Allah..ampunkan dosa2 ku dan dosa muslimin dan muslimat dan rahmatilah kami sekelian. Akhirkanlah umur kami didalam Husnul Khatimah....

Tuesday, March 1, 2011

1st week of march 2011

wed, 8.30am.while waiting for the filtered water for about 10liter..doing some transfer fund to Mr.T for 2 unit of actg prg, transferring money for road tax n inurance for MIL car, packaging GDL to be couriered to KSA...hmm..pretty busy lately..couldn't manage to attend fardhu ain class this morning as planning to complete the client's financial report.

Wednesday, February 16, 2011

thursday 17022011


hari ni nak cuti dari soy bean project..ntah apa yang silap..dah dua hari air tak tahan.pukul 6 dah jadi pekat semacam...mungkin lar buat awal sket dari biasa, pastu ditutup periuk sehinggalah waktu untuk packing..hmm..ujian dari Allah yang perlu banyak kesabaran.
petang semalam, along dan alang ada ujian saringan untuk hari sukan. alang bagi tahu dia dapat no.1 dalam lari 100m. hmm..bukan main gembira agaknya dihatinya. ye lar..tahun lepas, ibu ada menyaksikan sewaktu ujian2 saringan, satu pun dia tak dapat..wajahnya dari kejauhan ibu lihat penuh kehampaan..habis bahagian balapan, dia cuba join lain2..pingpong, badminton..semua tak dapat. sehinggalah yang berikutnya, ibu nasihat suruh pergi lagi...dia seakan sudah frust dan tak mahu sertai lagi...semalam ibu pun bertanya lar ...Mu'az guna kuasa minda ke?...dia seakan tak faham dengan soalan yang diajukan...kalau diikutkan saiz badannya..agak sukar untuk mendapat nombor dalam larian..tapi dengan semangat dan bantuan dari Allah...at last dia dapat.
kelas FA ari ni masih didalam tajuk bab doa..doa untuk orang yang ghaib, diaminkan oleh malaikat..banyaknya nikmat kurniaan Ilahi..kitalah yang kurang syukur padaNya..Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa mentaati segala perintah dan laranganMu..ameen...
Ammar cukup bagus..tidak meminta disusukan..tapi cuma sedikit berjalan ke arah kipas yang berdiri..ibu kena control la sikit takut jarinya dimasukkan kedalam jaring2 kipas..
masak asam pedas ikan untuk abah..ayam masak merah untuk 3 abang dan sup ayam untuk ammar...
pukul 3..abah hantar 2 abang pergi latihan sukan..3.30ptg..upin-ipin @ disney channel..ammar ralit duk layan...minat sungguh dengan upin-ipin...

Tuesday, February 15, 2011

Cuti Maulidur Rasul....


after morning job done...Ammar bangun pukul 9 dan terus siapkan dia. ada jemputan majlis maulidurRasul di rumah kak H. bila sampai..Ustaz N tengah bercerita tentang kisah kehidupan Rasul dan kisah2 isteri Nabi Muhammad...
ammar really good during the whole time at kak H place. lepas ni boleh lar join kelas2 pengajian untuk mencari dan menambah ilmu dinniah. makan nasi dagang n kuih yang paling ibu suka, putu kacang.hmm teringat selalu..esp yang kak M buat ni..tapi tu lar, ibu tak boleh sangat makan, high protein..control...
balik, masak for lunch..along suggest mandi kolam..ok set, ibu remind him to do some revision..hmm..rajin lar sket bila ada upahnya. ibu siapkan cucur udang sebagai bekalan bila dah lepas main air, perut apa lagi..lepas asar, terus bersiap. sampai halfway..tengok langit arah Awana seakan gelap aje..abah teruskan aje..memang dah hujan pun..bila sign in..hmm, teringat ibu..hampir setahun dah tak kunjung Awana..first time buat Ammar..wah...dia pun seakan pelik aje tengok air yang banyak..ingin mencuba aje sikecil ni...keep exploring the new things in his life..sekejap aje ibu biarkan dia di air..coz the weather is raining and windy...
seronoknya tergambar diwajah ammar..ok, i'll bring you again..
ammar banyak exploring new thing..diambilnya remote aircond...disuakan keatas..hmm..gayanya nak on the aircond lar tu...pantang tengok handphone..letak kat telinga..siabang sibuk ngan desktop, dia sibuk tarik drawer keyboard..asik nak tekan2 aje...telefon rumah...hmm..sibuk nak ambil ganggang..dah pandai layan citer upin-ipin...dengar muzik intro pun dah terus menghala ke arah tv...

Thursday, February 10, 2011

10022011 Thursday


tenang minda, rehat fizikal...terima msg dr L malam tadi, minta cuti dulu air soya..hurmm..ok lar jugak coz pagi ni banyak agenda..jemputan bacaan yasin dan perlu hadiri motivasi ibubapa kat sekolah Along. 10.20pg terus ke sekolah Along..alhamdulillah banyak dapat ilmu..harap ibu boleh baiki kesilapan dalam mendidik anak2.
banyak ibu kena find out dari kursus motivasi satu jam tu..pertama pasal iq..ada 9. kedua, mesti kenal anak2 dengan warna personaliti..biru, emas. dah cuba cari tru internet ujian2 yang sepadan, tapi masih tak ketemui cuma ibu boleh agak aje dari cerita2 motivator tu pasal alang n along..ateh tak jumpa lagi..alang-emas dan along-biru..will try to get more info regarding this...
pemakanan juga perlu diambilkira..susu, pistachio..kacang soya, adalah no.2 selepas pistachio..so alhamdulillah..projek ibu bertepatan dengan situasi semasa..cuma si alang kurang menggemari. air daun pegaga pun boleh mencerdaskan otak menurut motivator tu..hmm..belum mencuba lagi. menurut motivator tu lagi..didik anak perlu sains dan seni...selalu dengarkan selawat keatas Rasulullah..another words from motivator : "2day is a great day", kita perlu berubah. i'm suport team parents. perlu 1. pengorbanan 2. kenal anak2 3. ilmu / petua.
saat belajar yang jitu : sebelum tidur, bangun tidur, selepas mandi, selepas solat,zikir, baca quran, selepas riadah, selepas mandi air suam, elak kepala ikan, melihat kemaluan, kencing berdiri, tengok najis. ada satu lagi yang ibu perlu cari..selawat pembuka laluan..



Saturday, February 5, 2011

2nd of Feb 2011

infront of CER in the evening

last weekend..spent time at KT, public holidays due tu Lunar New Year...hmm..got stucked with traffic jammed which is 5km @ 45minutes. reach CER about 4.30pm..the guest checked out about 5pm. plan nak bertolak lepas asar..at last 6.30 baru get ready..along bagi tau..jalan jammed. ibu suggest balik lepas maghrib. abah cakap, balik aje..bukan ibu yang nak drive..
..abt 2 minute get into the car..ibu asking either abah turn off the main water tap...not yet..so have to u-turn..the road really heavy..have to turn back as the water inlet at toilet already loose. already inform Abg A to fit it.
when abah done the task..get into the car again...ibu found that TA#9690 just a few car infront of us..ibu call C Ju..to ensure that we are not got the wrong person. hmm..kebetulan bagi kita rasakan tapi memang perancangan Allah adalah sebaik-baiknya..ibu asking either we change the route..agreed and we reach our sweet home about 12am by using Jerangau Jabor highway..hmm..the highway quite high risk due to narrow and dark.

Tuesday, February 1, 2011

310111- ammar now 10months...

winking his eyes while alang gendong in this way....
ammar dah;
1. melangkah about 6 to 8 steps
2. merajuk bila tidak mengikut kemahuannya- menundukkan mukanya sampai kekadang tu menelangkupkan mukanya kelantai
3. pantang melihat sesiapa yang mahu keluar @ membuka pintu
4. menunjukkan wajah yang gembira bila tenguk ibu kenakan tudung @ abah bersiap nak keluar..apa lagi nak kuar jalan2 lar...
5. dah pandai mencuba turun dari katil ibu sambil meniarap menghulurkan kakinya dibirai katil..
6. can clap his hand on his own...sebelum ni gayanya spt minta maaf..ibu realized after fed him...dia memang suka hati lepas susu..zap terus bangun and clapping his hand...
7. riak wajah yang gembira bila tenguk abah balik kerja...

Thursday, January 27, 2011

27012011 friday

8.30am..nasi lemak ready to ngap..soy milk on the stove. ibu planning to do early as want to get on9 with kuliah from "Medan Ilmu, KB". bila masuk aje..tak dak la pulak. try cari info kat fb..hmm TGNA dah ke Tenang pada 27hb. so click aje la last week punya kuliah coz ada kat KT..
last two week, ammar dah ada 4 step ahead. he attempt to stand up starting at age of 7 months. next week will be 10months. he still cannot walk properly and this is showing that it's really hard to get walk compared with crawling. all his siblings started walking at the age of 12 months. his growth development quite fast compared to his brothers. now, he will give a good signs - smiling when looking ibu take the hijab...hmm..with hijab that means ibu will go out.
Already gave an operations report to AC regarding CER. Today will try to get the CE clan website as AC asking to be an adminstrator.

twinkle2 little..atar..

star fruit..saja letak pic ni coz kira star jugak lar...

when ibu start to sing "twinkle twinkle little..."ammar will finish it with "atar"..so cute bunyi. our camera doesn't working as ibu already try to get a new battery till today. Alhamdulillah by 12.00pm, ibu can manage everything. Hari ni try bawa ammar gi kelas fardhu ain..dia tak meragam cuma nak kena layan coz dia dah mula bangun dan bertatih , jadi concentration ibu kurang la sket coz dia merayap sampai keluar. majlis dimulakan dengan bacaan yassin untuk arwah keluarga kak ti dan berikutnya kak nik membaca bab kelebihan berdoa. YaAllah, jadikanlah aku ringan dimulut untuk sentiasa berdoa padaMu Ya Allah dalam apa jua keadaan pun..ameen.
Balik kelas fa terus ceduk taufufa dan hantar. Ya Allah ..semoga jualan laris semuanya.
2.45pm..install on9 ubs for E Hware. failled coz their computer very slow and advised her to upkeep the pc and will continue install the UBS once pc in a good condition. advised to contact L to get fit the blem...

Monday, January 24, 2011

250111

panggilan telefon dari L mengkhabarkan pesanan air soya dan taufufa. Alhamdulillah. semoga ianya mendapat sambutan. tidur dalam pukul 2 last night due to PSSB asking for the management account which is to be submitted by today. tak boleh siapkan coz chart of account sungguh kelam kelibut..continue early in the morning. by 8.50am, alhamdulillah done but need to transfer via tv as the microsoft excel doesn't not working properly....by 11.00 am, taufufa dan air soya siap untuk delivery. esok kena buat awal sket coz L akan datang ambil around 10.30.
lunch time : tom yam untuk anak2, gulai ikan aya nasi dagang style n gelama goreng bercili untuk abah, sup ayam untuk baby..hmm..taufufa untuk L dan Pak Lah lewat la pulak , about 3.00 baru siap packaging. balik umah, serve tru tv to TSTC, reformat of their PO dan 365, programme error still not recovered. at last refer to Ymi to settle it.
masa seakan sempit aje lately...mungkin kesibukan dengan kerja rumah, kerja online dan tambahan projek soya. sebelum ada projek soya ni, banyak aje masa terluang, ye lar masa tu pun kurang customer call regarding UBS. tak pa lar rezeki nak masuk..usaha terdaya yang mampu. Ya Allah, permudahkan urusanku dan jauhkanlah aku dari segala kelalaian didalam mentaati segala perintah dan laranganMu ya Allah...berkatilah hidup kami..Amiin...

Sunday, January 23, 2011

minggu ke 4, Jan 2011



last weekend..spent time at CER. semua kerja2 pembaikan dah. harap2 dengan pertolongan Allah..adalah mereka yang bertandang. anak2 cukup gembira kerana dapat tidur dikhemah yang dipasang oleh pak anjang. menikmati keindahan mentari naik disebelah laut timur selatan..sungguh mendamaikan. juga ketika waktu senja mengundang, alangkah indahnya keindahan alam kurniaan Ilahi..yaAllah, sesungguhnya tiada Engkau jadikan semua itu sia2 dan jauhkanlah kami dari azab api neraka..
pagi jumaat, kepasar kedai payang yang sudah hampir 13tahun tidak membelibelah barang keperluan basah seperti ketika bermastautin di kg.kolam. sungguh teruja dengan semua apa yang dilihat..batang keladi untuk disayur, ubi keladi..cili hijau untuk sarak. yang dicapai dek tangan 2 batang lobak putih, ikan gelama kering..hmm hidangan untuk tengahari while MIL preparing shark curry. ibu tak sentuh coz macam pelik aje, ikan yu...anak2 anjang bantai nasi 2 kali. along enjoy dengan telur dan susu ikan aya goreng bercili. wah, ibu pun layan...hmm..sedap, lazat, manis sekali..kolestrol pun apa lagi..banyak lar yang best tu...
petang sabtu singgah dungun, kak bah masak sup belut..hmm..ibu pun tak jamah..takut tenguk rupa. along apa lagi, yang suka mencuba yang pelik2..habis sekatang..dia kata best jugak. abah pun tak jamah. ibu suka ikan selar goreng bercili. ikan segar yang baru naik dari laut..kat umah kak bah memang best ikan2nya..segar dan manis sekali walaupun dimasak singgang kuah seperiuk..


Monday, January 17, 2011

tuesday 17012011

ayam masak kicap buat awal about 9.00pg coz pkl 10 nak pegi training customer ubs. nasi dah masak, taufufa pun menjadi dengan elok, Alhamdulillah. Ammar tinggal dengan maknya. Cik Zu tepon bagitahu nak balik ziarah suami sepupu emaknya yang hilang dilaut ketika keluar menangkap ikan akibat dari bot karam..innalillah..Alfatihah buat arwah. Ketika musim tengkujuh begini pun, mereka tetap turun kelaut mencari rezeki..itulah sumber kehidupan mereka.
10.30pg sampai PTCSB..server down pulak..so ibu pun tak tau nak buat apa..brief sikit2 apa2 yang ditanya..11.30 terus balik coz mak ammar nak pergi sekolah ambil buku teks anaknya. bawa sikecil dengan stroller pergi ambil ateh..wah suka dia dibawa jalan kesekolah ateh.
balik rumah..susukan dia, ibu solat dan packing taufufa untuk hantar ke L.
while bf baby, ibu texting message as lots of things being left..tstc, AC, ni svc, mr t..hopefully lakulah satu program this week..sebab plan nak balik KT, nak jenguk CER after upkeep the house, nak snap picture for blog. ermm..kak long punya belum upload lagi coz janji ari ni..perut berkeriut so kena makan nasi dulu lar..la dah pukul 4ptg rupa nya...
lepas asar..bawa ammar duk kat luar sambil makan donut..ibu angkat baju terus lipat buh dalam bakul..kalau tak..payah pulak nak lipat.
malam sebelum ibu hantar tuisyen along n alang..ibu belanja waffle CA..tak tau kenapa prefer use "belanja" instead of belikan..sajalah ibu rasa special sikit sebab nak treat dia orang macam kawan2 sket..mereka diperingkat umur sebegini..dah mula boleh treat sebagai kawan..
loh call again regarding POS System still not working at three six five...ibu pun try juga..memang data corrupted so finally forward the case to master dealer.
sebelum beradu, ibu hantar quotation to BT kat Pk..hopefully jadilah dia beli..ya Allah..tambahkanlah rezeki yang berkat kepada kami..ameen...

Sunday, January 16, 2011


waiting for dried roses while cooking chicken rice, preparing soy milk and tau fu fa...baby woke up around 10 after 3 time bf frm 6.30am.
hmm..trying another way to adding cdl to taufufa..failed. so need to grind another pot of soy and use the same method being thought by mdm y..alhamdulillah..very good texture so must keep this way with tawakkal to Allah.
ammar with his foster mum and myself enjoying in the kitchen.
1245 everything completed..serve all the foods for lunch and fetched imran. lalu ikut tepi longkang..ramai budak2 asyik melihat sesuatu...anak berudu..ibu pun excited, nanti nak tunjuk kat imran. tenguk imran tak ada kat kelas..hmm suspen jugak. tanya cikgu nya, imran kat tandas. ibu menjenguk kedalam tandas..la terkial2 memakai seluar kerana lapisan dalam track suitnya dah terkoyak sedikit..jadi kakinya tak mahu keluar..sori ya imran..ibu tak sempat nak jahit.
balik semula kepada anak berudu. on the way to the car, ibu bagitahu imran..ibu nak tunjuk sesuatu, tak boleh bagi tahu awal2 nanti dia terus jalan kedepan. jadi bolehlah ibu pimpin tangannya agar dia tidak melencong kelain. sampai ketempat yg dimaksudkan, ibu pun tunjukkannya. ibu cuba meneka apakah yang dia nampak...dia pun seperti agak keliru.. masih terdapat 2 orang pelajar yang ibu agak umurnya 8 tahun. ibu tanya la pelajar tersebut..mana mak dia (sambil menunjukkan kearah anak2 berudu tersebut) pelajar yang pertama menjawab..hmm, mak dia ada kat sana..sambil menunjukkan kearah belakang..tak tau la apa yang dia nak jawab sebab tangannya menunding kearah bangunan..mungkin maksudnya belakang bangunan sekolah. kawannya yang kedua menjawab..katak. ibu bagitahu imran..maknya ialah yang berbunyi ong ong kat belakang rumah kita dua minggu sudah.imran pun bertanya"dia jumpa tak maknya" sebab ibu bagitahu maknya tinggalkan mereka kat situ.pas tu imran tanya lagi..dia jumpa tak ayah mereka..hmm..apa yang terfikir kat kepalanya sikecil 6tahun ni yea..
ketika itu hujan agak lebat..ibu duk kat dapur, imran datang lalu wajahnya seakan ketakutan kerana bunyian katak-katak bernyanyi-nyanyi ONG..ONG..bunyi sahut-bersahutan dengan bunyi yang berlainan..ibu nak cerita yang sebenar pada masa tu..tapi pendamkan saja kerana keaktifannya dan keriuhan mulutnya sambil berlari dari depan kebelakang yang kadang-kadang membingitkan telinga sejak akhir-akhir ini. jadi dengan suara yang ONG ONG yang menakutkan baginya itu..tidaklah terlalu aktif gerak langkahnya bila ibu mengingatkan dia. ammar sikecil pun ada membuat tanda wajah yang alert dengan bunyi ONG ONG ketika ibu tukarkan diaper nya hari tu...satu bintang untuk ammar coz dah alert dengan bunyian yang jauh diluar rumah. bagi imran, dia selalu tenguk kartun mr.bean yang kutip tadpole dan bawa balik kebilik dan dibubuhnya kedalam bathtub..tapi mungkin kat tv tak real cam tenguk sendiri kat dalam air..
bila sampai rumah, wafa dah ada sampai. abahnya on vacation for one month..bestnya mereka berada dibumi kelahiran kekasih Allah..yang ibu tunggu..bunga ros kering..aroma nya sungguh harum..tak sabar nak minum pagi esok...lalala...
while they having their lunch, ibu solat. ammar pun dah balik..sembang till 3ptg, kak n call regarding system. asking to go PTCSB tomorrow.

Saturday, January 15, 2011

sunday 3rd wk of Jan

air soya..buat semalam..alhamdulillah..menjadi dengan elok..

taufufa..yang ditempah hari khamis lalu..

9.00 am : sikecil tidur semula selepas disusukan. mop lantai sudah, taufufa pun sudah siap cuma perlu dimasukkan kedalam bekas, ampai baju sudah, mesin baju sudah..so apa lagi on pc lar..buat invoice untuk year end closing for STK for TSTC via tv..dapat rm100 ok lar...boleh jenguk fb jap..nak kena call 365 suruh on tv..untuk install programme which might be corrupted...
1030 kak long datang..ammar pun bangun..mandikan dia,susukan dan maknya datang ambil..masakkan air gula dan gula melaka untuk taufufa..rebus ayam untuk nasi air for lunch..
1130 pack tffa, jerang beras untuk bubur..siatkan ayam..siap nasi air ibu..
1215 hantar tffa..balik rumah jap..serve for lunch..makan ngan kak long..
AC tepon regarding CER..tak boleh lupa, intruct to ask tukang buat pagar kat tepi pantai seperti kandang lembu kat America..hmm...comel2..dia nak letak kerusi batu kat tepi pantai..wah best la for our next stay this coming school holidays...
1245 gi amik ateh..
lepas solat..photoshoot goods for blog kak long..vidcam for digial quran..dah siap buat movie..will upload all the goods this coming tuesday..
400ptg doing some online services for PTCSB..half the job done..will continue tomorrow morning for the note of printing the report..
petang ni pasar minggu..so beli la aje for dinner..

Monday, January 10, 2011

9hb n 10hb



9hb..petang pegi umah kak pah..dia dah setuju nak buat delivery, slps 15hb baru dia free..hopefully soy project jalan. dari kemarin hingga ari ni..try to solve CIon prob via tv oline. tak tau nak caj camner for the svc..hmm..purchase n training exclude support tapi duk call selalu..tak tau nak cakap macamana.
Tengah nak bagi amr tidur, dapat msg dari Z "A friend is someone who hears your voice eventhough you're quiet. Someone who feel the beat of yr heart even if you are apart"..hmm..semoga ikatan ukhuwah berkekalan. Hanya dalam doa dikejauhan buat sahabat yang tersangat lekat dihati...
10hb..masa terancang sungguh mengancam..tak sempat nak on pc diawal pagi..lepas amr breakfast, kuih yang dibeli ki mat,bawa dia naik kereta cari habuan untuk ibu..apa lagi, nasi kerabu..hmm sedap sungguh , lain kali boleh beli lagi..nenek Aidil yang jual. baru perasan dia menjual kat gerai C D Corner. En E dari P call suruh pergi ajar staff untuk UBS stock..hmm pikir2, ok jadi lah dan amr will stay with his mak this coming wednesday. harap2 dia tak menangis..
9.30pg amr tidur selepas mandi n susukannya. terus kedapur siapkan rencah untuk tumis putih ikan untuk amr coz ibu nak masak lemak nangka muda...hmm..cicah budu, sedap sekali. Ikan goreng hari ni special sikit, digaul dengan rempah ikan bakar..tenguk Alang sampai habis 3 kerat ikan..selalunya ikan goreng garam kunyit, disentuhnya tak mahu.hmm..selalu nak kena fikir n kreatifkan masakan agar anak2 menggemari...

12.45tgh bawa amr, pickup ateh..tenguk2 abah pun sampai juga kat sekolah..ibu pun balik dulu la...abah keluar sebab nak bawa Along buat IC tapi tak jadi pulak ari ni coz belum pun masuk JPN, security guard bagi tahu kamera rosak..bila la plak boleh ni..4.00ptg, amr tidur..ibu pergi library hantar buku yang dah 1 bulan overdue..tertangguh2 sebab seakan tak cukup masa aje nak jenguk library..rasa dah malu dengan librarian tu..macam biasa dia tak nak ambil duit denda..tapi ibu hulurkan juga memang tahu kita yang silap...the both kids dah siap semua homework coz ada tuition disebelah malam..
mak ambil amr pkl 6.30..macam biasa lepas maghrib balik la dia..
2 kids dah g tuition. abah dah dinner..so ibu bleh la lepak2 dpn pc..sambil layan amr..ari ni amr dah 9bln 12hari..dah pandai angkat tangan bila ibu tanya siapa nama ammar..tapi dia angkat both of his hand...

Saturday, January 8, 2011

2nd week of 2011


Cuaca pagi nampak cerah selepas 4 hari hujan yang berterusan but not really lebat. Masa hari ke 2..hari rabu..berdebar juga coz air longkang dah penuh dan saluran air mandi pun dah nampak air naik ke atas. Jika hujan lebat dan air pasang waktu senja tu..harus air masuk kebahagian dapur, seperti tahun lepas sewaktu ibu dan anak2 kat KMC kerana Mu'az kena asthma.
Alhamdulillah selepas kena teruk last November 2009, tiada lagi serangan asthma sehinggalah minggu pertama sekolah 2011..ada batuk sikit2. Ibu try dengar kat bahagian belakang..ada bunyi wisel sket..ibu tanya n advise guna chamber. Lepas 2 puff, alhamdulillah tak melarat. Terdetik juga, asthma tak sekerap tahun2 sebelum ni. Dengan izin Allah, berbagai2 kaedah dicuba, udang ketak, madu yang Su bagi yang dibeli di bumi Mekah..apa lagi yea..tiada lagi nebulizer digunakan sepanjang tahun 2010.
04012011-tok kepada ibu, moyang kepada anak2 dijemput Allah dengan tenang dan damai sekali, ketika umur menjangkau 98 tahun. Penuh dengan kenangan ibu bersama tok kerana ibu tinggal bersama tok semasa sekolah rendah. Ibu akan tulis special article untuk tok, sedang tulis,save n belum publish lagi.
Ammar dah tidur selepas menyusu untuk kali ke2 this morning. Ada another one step last night, semua abang2 excited. Along komen adik malu jika kita yang try dirikan dia suruh dia bertatih. Ammar membesar dengan all the members in family keep monitoring the development of growing. Ammar dah suka membebel with his own word...ate,ate...last week, mata nya bertahi. Ingatkan sakit mata. Ibu try juga menitikkan susu ibu kedalam matanya..menurut kata orang tua boleh menyembuhkan sakit mata. Tapi matanya tak merah. Tok chik advise sapukan minyak kelapa keseluruh badan..ammar panas dalam. Harini dah kurang sikit.
Hari ni plan masak ayam masak kurma..anak2 semua suka. Petang, abah plan nak gi wat IC untuk Along. Plan masa birthday Along, ibu nak buat kek coklat..tapi panggilan telefon dari Su pada jam 1.00 pagi 4hb tentang kematian tok..tak jadilaAdd Imageh kek. Along dah 12 tahun..semoga Along menjadi lebih matang dan anak yang soleh...

Wednesday, January 5, 2011

04012011-Tok kembali keRahmatullah...

telefon berbunyi jam 1 pagi...missed call dari su. debaran terasa kerana sudah agak larut malam. cuba telefon kembali..khabaran tok sudah tiada. bagi tahu hubby, terus kemas baju sehelai dua utk family..meredah kegelapan malam menuju kampung selama lbh kurang 2 jam perjalanan.
perjalanan roh nya amat mudah..tok mengambil makan malam spt biasa. dan seperti selalu..sebelum tidur..su yang sentiasa menyediakan supper (abah selalu puji su coz akan sediakan kopi etc sebelum tido..minum kopinya makin best tidurnya...) tok minta kopi dan memakan 3 hiris tembikai. su siapkan tok untuk tidur dlm pukul 10 lebih. dlm lebih kurang pukul 12.30, tok minta Aus (sedang menonton tv) panggilkan manya. Su pun masuk kebilik tok. Tok mengadu sakit dada dan tengkuk. Su gosok dan urut dan bubuh sedikit minyak ubat. Tok kata dia nak muntah kerana bau minyak ubat..su kata hanyalah airliur sahaja yang keluar. Tok mengadu sakit sangat dadanya..tok mengucap kalimah shahadat dan tiba2 badan tok seakan mahu terbaring semula tetapi badan seakan longlai. su memanggil ayahsu dan su terus kebilik air untuk berwudhu, bersedia untuk bacakan yasin. sepeninggalan su..ayah su kata dia sudah mendengar bunyi suara nafas terakhir tok yang tidaklah terlalu kuat..tok sudah dijemput Ilahi..semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh tok dan semoga tok sedang berada ditempat ahli syurga..amin..

Sunday, January 2, 2011

day 1 at school

Alhamdulillah..cuaca pagi ni tak hujan..kalau tak jam lar depan umah ni dgn kereta2 yang nak hantar anak pegi sekolah.
Along n Alang, naik van aje. Ingat ibu nak g hantar jugak..nak make sure dia duk kat bahagian depan, tapi ingatkan sikecil..hopefully they can manage by themselves. Along, year 6..UPSR is waiting for you at the end of the year. Harap Along improve yrself as now you are in 2nd class.
Ibu hantar Ateh, pra-sekolah. Ateh steady aje ..ibu know that u're really good boy.
Mcm tahun lepas juga..ada budak dah lari dari kelas..sampai kat depan umah..tanya nak gi mana..dia kata nak balik. Ajak naik kereta nak gi hantar rumah..dia cakap ayah marah naik ..bagus jugak but in the other side...camner nak buat dgn dia ni...at last jiran depan umah volunteer nak gi hantar kat sekolah semula. Abah dah tolong gi hantar budak darjah 4 yang suppose sekolah petang..kesian budak2..bangunan sekolah tambahan tak siap2..sessi pagi keseluruhan tak dapat dijalankan lagi..
Ibu mcm biasa lar..terharu bila tenguk parents hantar anak2 masuk sekolah..lihat wajah2 yang penuh harap agar anak berjaya..harap2 biar dunia akhirat yang mereka impikan..
Plan ibu ke bandar amik smart lock. Ammar will stay with his mak lar..Nak masak ayam masak merah..gembira dihati bila tenguk anak2 balik sekolah makan nasi lauk kegemaran mereka..YaAllah, permudahkanlah urusan hidup kami..Amin.