Monday, January 10, 2011

9hb n 10hb



9hb..petang pegi umah kak pah..dia dah setuju nak buat delivery, slps 15hb baru dia free..hopefully soy project jalan. dari kemarin hingga ari ni..try to solve CIon prob via tv oline. tak tau nak caj camner for the svc..hmm..purchase n training exclude support tapi duk call selalu..tak tau nak cakap macamana.
Tengah nak bagi amr tidur, dapat msg dari Z "A friend is someone who hears your voice eventhough you're quiet. Someone who feel the beat of yr heart even if you are apart"..hmm..semoga ikatan ukhuwah berkekalan. Hanya dalam doa dikejauhan buat sahabat yang tersangat lekat dihati...
10hb..masa terancang sungguh mengancam..tak sempat nak on pc diawal pagi..lepas amr breakfast, kuih yang dibeli ki mat,bawa dia naik kereta cari habuan untuk ibu..apa lagi, nasi kerabu..hmm sedap sungguh , lain kali boleh beli lagi..nenek Aidil yang jual. baru perasan dia menjual kat gerai C D Corner. En E dari P call suruh pergi ajar staff untuk UBS stock..hmm pikir2, ok jadi lah dan amr will stay with his mak this coming wednesday. harap2 dia tak menangis..
9.30pg amr tidur selepas mandi n susukannya. terus kedapur siapkan rencah untuk tumis putih ikan untuk amr coz ibu nak masak lemak nangka muda...hmm..cicah budu, sedap sekali. Ikan goreng hari ni special sikit, digaul dengan rempah ikan bakar..tenguk Alang sampai habis 3 kerat ikan..selalunya ikan goreng garam kunyit, disentuhnya tak mahu.hmm..selalu nak kena fikir n kreatifkan masakan agar anak2 menggemari...

12.45tgh bawa amr, pickup ateh..tenguk2 abah pun sampai juga kat sekolah..ibu pun balik dulu la...abah keluar sebab nak bawa Along buat IC tapi tak jadi pulak ari ni coz belum pun masuk JPN, security guard bagi tahu kamera rosak..bila la plak boleh ni..4.00ptg, amr tidur..ibu pergi library hantar buku yang dah 1 bulan overdue..tertangguh2 sebab seakan tak cukup masa aje nak jenguk library..rasa dah malu dengan librarian tu..macam biasa dia tak nak ambil duit denda..tapi ibu hulurkan juga memang tahu kita yang silap...the both kids dah siap semua homework coz ada tuition disebelah malam..
mak ambil amr pkl 6.30..macam biasa lepas maghrib balik la dia..
2 kids dah g tuition. abah dah dinner..so ibu bleh la lepak2 dpn pc..sambil layan amr..ari ni amr dah 9bln 12hari..dah pandai angkat tangan bila ibu tanya siapa nama ammar..tapi dia angkat both of his hand...

No comments:

Post a Comment