

last weekend..spent time at CER. semua kerja2 pembaikan dah. harap2 dengan pertolongan Allah..adalah mereka yang bertandang. anak2 cukup gembira kerana dapat tidur dikhemah yang dipasang oleh pak anjang. menikmati keindahan mentari naik disebelah laut timur selatan..sungguh mendamaikan. juga ketika waktu senja mengundang, alangkah indahnya keindahan alam kurniaan Ilahi..yaAllah, sesungguhnya tiada Engkau jadikan semua itu sia2 dan jauhkanlah kami dari azab api neraka..
pagi jumaat, kepasar kedai payang yang sudah hampir 13tahun tidak membelibelah barang keperluan basah seperti ketika bermastautin di kg.kolam. sungguh teruja dengan semua apa yang dilihat..batang keladi untuk disayur, ubi keladi..cili hijau untuk sarak. yang dicapai dek tangan 2 batang lobak putih, ikan gelama kering..hmm hidangan untuk tengahari while MIL preparing shark curry. ibu tak sentuh coz macam pelik aje, ikan yu...anak2 anjang bantai nasi 2 kali. along enjoy dengan telur dan susu ikan aya goreng bercili. wah, ibu pun layan...hmm..sedap, lazat, manis sekali..kolestrol pun apa lagi..banyak lar yang best tu...
petang sabtu singgah dungun, kak bah masak sup belut..hmm..ibu pun tak jamah..takut tenguk rupa. along apa lagi, yang suka mencuba yang pelik2..habis sekatang..dia kata best jugak. abah pun tak jamah. ibu suka ikan selar goreng bercili. ikan segar yang baru naik dari laut..kat umah kak bah memang best ikan2nya..segar dan manis sekali walaupun dimasak singgang kuah seperiuk..
No comments:
Post a Comment