Wednesday, January 5, 2011

04012011-Tok kembali keRahmatullah...

telefon berbunyi jam 1 pagi...missed call dari su. debaran terasa kerana sudah agak larut malam. cuba telefon kembali..khabaran tok sudah tiada. bagi tahu hubby, terus kemas baju sehelai dua utk family..meredah kegelapan malam menuju kampung selama lbh kurang 2 jam perjalanan.
perjalanan roh nya amat mudah..tok mengambil makan malam spt biasa. dan seperti selalu..sebelum tidur..su yang sentiasa menyediakan supper (abah selalu puji su coz akan sediakan kopi etc sebelum tido..minum kopinya makin best tidurnya...) tok minta kopi dan memakan 3 hiris tembikai. su siapkan tok untuk tidur dlm pukul 10 lebih. dlm lebih kurang pukul 12.30, tok minta Aus (sedang menonton tv) panggilkan manya. Su pun masuk kebilik tok. Tok mengadu sakit dada dan tengkuk. Su gosok dan urut dan bubuh sedikit minyak ubat. Tok kata dia nak muntah kerana bau minyak ubat..su kata hanyalah airliur sahaja yang keluar. Tok mengadu sakit sangat dadanya..tok mengucap kalimah shahadat dan tiba2 badan tok seakan mahu terbaring semula tetapi badan seakan longlai. su memanggil ayahsu dan su terus kebilik air untuk berwudhu, bersedia untuk bacakan yasin. sepeninggalan su..ayah su kata dia sudah mendengar bunyi suara nafas terakhir tok yang tidaklah terlalu kuat..tok sudah dijemput Ilahi..semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh tok dan semoga tok sedang berada ditempat ahli syurga..amin..

No comments:

Post a Comment