Wednesday, February 16, 2011

thursday 17022011


hari ni nak cuti dari soy bean project..ntah apa yang silap..dah dua hari air tak tahan.pukul 6 dah jadi pekat semacam...mungkin lar buat awal sket dari biasa, pastu ditutup periuk sehinggalah waktu untuk packing..hmm..ujian dari Allah yang perlu banyak kesabaran.
petang semalam, along dan alang ada ujian saringan untuk hari sukan. alang bagi tahu dia dapat no.1 dalam lari 100m. hmm..bukan main gembira agaknya dihatinya. ye lar..tahun lepas, ibu ada menyaksikan sewaktu ujian2 saringan, satu pun dia tak dapat..wajahnya dari kejauhan ibu lihat penuh kehampaan..habis bahagian balapan, dia cuba join lain2..pingpong, badminton..semua tak dapat. sehinggalah yang berikutnya, ibu nasihat suruh pergi lagi...dia seakan sudah frust dan tak mahu sertai lagi...semalam ibu pun bertanya lar ...Mu'az guna kuasa minda ke?...dia seakan tak faham dengan soalan yang diajukan...kalau diikutkan saiz badannya..agak sukar untuk mendapat nombor dalam larian..tapi dengan semangat dan bantuan dari Allah...at last dia dapat.
kelas FA ari ni masih didalam tajuk bab doa..doa untuk orang yang ghaib, diaminkan oleh malaikat..banyaknya nikmat kurniaan Ilahi..kitalah yang kurang syukur padaNya..Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa mentaati segala perintah dan laranganMu..ameen...
Ammar cukup bagus..tidak meminta disusukan..tapi cuma sedikit berjalan ke arah kipas yang berdiri..ibu kena control la sikit takut jarinya dimasukkan kedalam jaring2 kipas..
masak asam pedas ikan untuk abah..ayam masak merah untuk 3 abang dan sup ayam untuk ammar...
pukul 3..abah hantar 2 abang pergi latihan sukan..3.30ptg..upin-ipin @ disney channel..ammar ralit duk layan...minat sungguh dengan upin-ipin...

No comments:

Post a Comment