Thursday, January 27, 2011

27012011 friday

8.30am..nasi lemak ready to ngap..soy milk on the stove. ibu planning to do early as want to get on9 with kuliah from "Medan Ilmu, KB". bila masuk aje..tak dak la pulak. try cari info kat fb..hmm TGNA dah ke Tenang pada 27hb. so click aje la last week punya kuliah coz ada kat KT..
last two week, ammar dah ada 4 step ahead. he attempt to stand up starting at age of 7 months. next week will be 10months. he still cannot walk properly and this is showing that it's really hard to get walk compared with crawling. all his siblings started walking at the age of 12 months. his growth development quite fast compared to his brothers. now, he will give a good signs - smiling when looking ibu take the hijab...hmm..with hijab that means ibu will go out.
Already gave an operations report to AC regarding CER. Today will try to get the CE clan website as AC asking to be an adminstrator.

twinkle2 little..atar..

star fruit..saja letak pic ni coz kira star jugak lar...

when ibu start to sing "twinkle twinkle little..."ammar will finish it with "atar"..so cute bunyi. our camera doesn't working as ibu already try to get a new battery till today. Alhamdulillah by 12.00pm, ibu can manage everything. Hari ni try bawa ammar gi kelas fardhu ain..dia tak meragam cuma nak kena layan coz dia dah mula bangun dan bertatih , jadi concentration ibu kurang la sket coz dia merayap sampai keluar. majlis dimulakan dengan bacaan yassin untuk arwah keluarga kak ti dan berikutnya kak nik membaca bab kelebihan berdoa. YaAllah, jadikanlah aku ringan dimulut untuk sentiasa berdoa padaMu Ya Allah dalam apa jua keadaan pun..ameen.
Balik kelas fa terus ceduk taufufa dan hantar. Ya Allah ..semoga jualan laris semuanya.
2.45pm..install on9 ubs for E Hware. failled coz their computer very slow and advised her to upkeep the pc and will continue install the UBS once pc in a good condition. advised to contact L to get fit the blem...

Monday, January 24, 2011

250111

panggilan telefon dari L mengkhabarkan pesanan air soya dan taufufa. Alhamdulillah. semoga ianya mendapat sambutan. tidur dalam pukul 2 last night due to PSSB asking for the management account which is to be submitted by today. tak boleh siapkan coz chart of account sungguh kelam kelibut..continue early in the morning. by 8.50am, alhamdulillah done but need to transfer via tv as the microsoft excel doesn't not working properly....by 11.00 am, taufufa dan air soya siap untuk delivery. esok kena buat awal sket coz L akan datang ambil around 10.30.
lunch time : tom yam untuk anak2, gulai ikan aya nasi dagang style n gelama goreng bercili untuk abah, sup ayam untuk baby..hmm..taufufa untuk L dan Pak Lah lewat la pulak , about 3.00 baru siap packaging. balik umah, serve tru tv to TSTC, reformat of their PO dan 365, programme error still not recovered. at last refer to Ymi to settle it.
masa seakan sempit aje lately...mungkin kesibukan dengan kerja rumah, kerja online dan tambahan projek soya. sebelum ada projek soya ni, banyak aje masa terluang, ye lar masa tu pun kurang customer call regarding UBS. tak pa lar rezeki nak masuk..usaha terdaya yang mampu. Ya Allah, permudahkan urusanku dan jauhkanlah aku dari segala kelalaian didalam mentaati segala perintah dan laranganMu ya Allah...berkatilah hidup kami..Amiin...

Sunday, January 23, 2011

minggu ke 4, Jan 2011



last weekend..spent time at CER. semua kerja2 pembaikan dah. harap2 dengan pertolongan Allah..adalah mereka yang bertandang. anak2 cukup gembira kerana dapat tidur dikhemah yang dipasang oleh pak anjang. menikmati keindahan mentari naik disebelah laut timur selatan..sungguh mendamaikan. juga ketika waktu senja mengundang, alangkah indahnya keindahan alam kurniaan Ilahi..yaAllah, sesungguhnya tiada Engkau jadikan semua itu sia2 dan jauhkanlah kami dari azab api neraka..
pagi jumaat, kepasar kedai payang yang sudah hampir 13tahun tidak membelibelah barang keperluan basah seperti ketika bermastautin di kg.kolam. sungguh teruja dengan semua apa yang dilihat..batang keladi untuk disayur, ubi keladi..cili hijau untuk sarak. yang dicapai dek tangan 2 batang lobak putih, ikan gelama kering..hmm hidangan untuk tengahari while MIL preparing shark curry. ibu tak sentuh coz macam pelik aje, ikan yu...anak2 anjang bantai nasi 2 kali. along enjoy dengan telur dan susu ikan aya goreng bercili. wah, ibu pun layan...hmm..sedap, lazat, manis sekali..kolestrol pun apa lagi..banyak lar yang best tu...
petang sabtu singgah dungun, kak bah masak sup belut..hmm..ibu pun tak jamah..takut tenguk rupa. along apa lagi, yang suka mencuba yang pelik2..habis sekatang..dia kata best jugak. abah pun tak jamah. ibu suka ikan selar goreng bercili. ikan segar yang baru naik dari laut..kat umah kak bah memang best ikan2nya..segar dan manis sekali walaupun dimasak singgang kuah seperiuk..


Monday, January 17, 2011

tuesday 17012011

ayam masak kicap buat awal about 9.00pg coz pkl 10 nak pegi training customer ubs. nasi dah masak, taufufa pun menjadi dengan elok, Alhamdulillah. Ammar tinggal dengan maknya. Cik Zu tepon bagitahu nak balik ziarah suami sepupu emaknya yang hilang dilaut ketika keluar menangkap ikan akibat dari bot karam..innalillah..Alfatihah buat arwah. Ketika musim tengkujuh begini pun, mereka tetap turun kelaut mencari rezeki..itulah sumber kehidupan mereka.
10.30pg sampai PTCSB..server down pulak..so ibu pun tak tau nak buat apa..brief sikit2 apa2 yang ditanya..11.30 terus balik coz mak ammar nak pergi sekolah ambil buku teks anaknya. bawa sikecil dengan stroller pergi ambil ateh..wah suka dia dibawa jalan kesekolah ateh.
balik rumah..susukan dia, ibu solat dan packing taufufa untuk hantar ke L.
while bf baby, ibu texting message as lots of things being left..tstc, AC, ni svc, mr t..hopefully lakulah satu program this week..sebab plan nak balik KT, nak jenguk CER after upkeep the house, nak snap picture for blog. ermm..kak long punya belum upload lagi coz janji ari ni..perut berkeriut so kena makan nasi dulu lar..la dah pukul 4ptg rupa nya...
lepas asar..bawa ammar duk kat luar sambil makan donut..ibu angkat baju terus lipat buh dalam bakul..kalau tak..payah pulak nak lipat.
malam sebelum ibu hantar tuisyen along n alang..ibu belanja waffle CA..tak tau kenapa prefer use "belanja" instead of belikan..sajalah ibu rasa special sikit sebab nak treat dia orang macam kawan2 sket..mereka diperingkat umur sebegini..dah mula boleh treat sebagai kawan..
loh call again regarding POS System still not working at three six five...ibu pun try juga..memang data corrupted so finally forward the case to master dealer.
sebelum beradu, ibu hantar quotation to BT kat Pk..hopefully jadilah dia beli..ya Allah..tambahkanlah rezeki yang berkat kepada kami..ameen...

Sunday, January 16, 2011


waiting for dried roses while cooking chicken rice, preparing soy milk and tau fu fa...baby woke up around 10 after 3 time bf frm 6.30am.
hmm..trying another way to adding cdl to taufufa..failed. so need to grind another pot of soy and use the same method being thought by mdm y..alhamdulillah..very good texture so must keep this way with tawakkal to Allah.
ammar with his foster mum and myself enjoying in the kitchen.
1245 everything completed..serve all the foods for lunch and fetched imran. lalu ikut tepi longkang..ramai budak2 asyik melihat sesuatu...anak berudu..ibu pun excited, nanti nak tunjuk kat imran. tenguk imran tak ada kat kelas..hmm suspen jugak. tanya cikgu nya, imran kat tandas. ibu menjenguk kedalam tandas..la terkial2 memakai seluar kerana lapisan dalam track suitnya dah terkoyak sedikit..jadi kakinya tak mahu keluar..sori ya imran..ibu tak sempat nak jahit.
balik semula kepada anak berudu. on the way to the car, ibu bagitahu imran..ibu nak tunjuk sesuatu, tak boleh bagi tahu awal2 nanti dia terus jalan kedepan. jadi bolehlah ibu pimpin tangannya agar dia tidak melencong kelain. sampai ketempat yg dimaksudkan, ibu pun tunjukkannya. ibu cuba meneka apakah yang dia nampak...dia pun seperti agak keliru.. masih terdapat 2 orang pelajar yang ibu agak umurnya 8 tahun. ibu tanya la pelajar tersebut..mana mak dia (sambil menunjukkan kearah anak2 berudu tersebut) pelajar yang pertama menjawab..hmm, mak dia ada kat sana..sambil menunjukkan kearah belakang..tak tau la apa yang dia nak jawab sebab tangannya menunding kearah bangunan..mungkin maksudnya belakang bangunan sekolah. kawannya yang kedua menjawab..katak. ibu bagitahu imran..maknya ialah yang berbunyi ong ong kat belakang rumah kita dua minggu sudah.imran pun bertanya"dia jumpa tak maknya" sebab ibu bagitahu maknya tinggalkan mereka kat situ.pas tu imran tanya lagi..dia jumpa tak ayah mereka..hmm..apa yang terfikir kat kepalanya sikecil 6tahun ni yea..
ketika itu hujan agak lebat..ibu duk kat dapur, imran datang lalu wajahnya seakan ketakutan kerana bunyian katak-katak bernyanyi-nyanyi ONG..ONG..bunyi sahut-bersahutan dengan bunyi yang berlainan..ibu nak cerita yang sebenar pada masa tu..tapi pendamkan saja kerana keaktifannya dan keriuhan mulutnya sambil berlari dari depan kebelakang yang kadang-kadang membingitkan telinga sejak akhir-akhir ini. jadi dengan suara yang ONG ONG yang menakutkan baginya itu..tidaklah terlalu aktif gerak langkahnya bila ibu mengingatkan dia. ammar sikecil pun ada membuat tanda wajah yang alert dengan bunyi ONG ONG ketika ibu tukarkan diaper nya hari tu...satu bintang untuk ammar coz dah alert dengan bunyian yang jauh diluar rumah. bagi imran, dia selalu tenguk kartun mr.bean yang kutip tadpole dan bawa balik kebilik dan dibubuhnya kedalam bathtub..tapi mungkin kat tv tak real cam tenguk sendiri kat dalam air..
bila sampai rumah, wafa dah ada sampai. abahnya on vacation for one month..bestnya mereka berada dibumi kelahiran kekasih Allah..yang ibu tunggu..bunga ros kering..aroma nya sungguh harum..tak sabar nak minum pagi esok...lalala...
while they having their lunch, ibu solat. ammar pun dah balik..sembang till 3ptg, kak n call regarding system. asking to go PTCSB tomorrow.

Saturday, January 15, 2011

sunday 3rd wk of Jan

air soya..buat semalam..alhamdulillah..menjadi dengan elok..

taufufa..yang ditempah hari khamis lalu..

9.00 am : sikecil tidur semula selepas disusukan. mop lantai sudah, taufufa pun sudah siap cuma perlu dimasukkan kedalam bekas, ampai baju sudah, mesin baju sudah..so apa lagi on pc lar..buat invoice untuk year end closing for STK for TSTC via tv..dapat rm100 ok lar...boleh jenguk fb jap..nak kena call 365 suruh on tv..untuk install programme which might be corrupted...
1030 kak long datang..ammar pun bangun..mandikan dia,susukan dan maknya datang ambil..masakkan air gula dan gula melaka untuk taufufa..rebus ayam untuk nasi air for lunch..
1130 pack tffa, jerang beras untuk bubur..siatkan ayam..siap nasi air ibu..
1215 hantar tffa..balik rumah jap..serve for lunch..makan ngan kak long..
AC tepon regarding CER..tak boleh lupa, intruct to ask tukang buat pagar kat tepi pantai seperti kandang lembu kat America..hmm...comel2..dia nak letak kerusi batu kat tepi pantai..wah best la for our next stay this coming school holidays...
1245 gi amik ateh..
lepas solat..photoshoot goods for blog kak long..vidcam for digial quran..dah siap buat movie..will upload all the goods this coming tuesday..
400ptg doing some online services for PTCSB..half the job done..will continue tomorrow morning for the note of printing the report..
petang ni pasar minggu..so beli la aje for dinner..

Monday, January 10, 2011

9hb n 10hb



9hb..petang pegi umah kak pah..dia dah setuju nak buat delivery, slps 15hb baru dia free..hopefully soy project jalan. dari kemarin hingga ari ni..try to solve CIon prob via tv oline. tak tau nak caj camner for the svc..hmm..purchase n training exclude support tapi duk call selalu..tak tau nak cakap macamana.
Tengah nak bagi amr tidur, dapat msg dari Z "A friend is someone who hears your voice eventhough you're quiet. Someone who feel the beat of yr heart even if you are apart"..hmm..semoga ikatan ukhuwah berkekalan. Hanya dalam doa dikejauhan buat sahabat yang tersangat lekat dihati...
10hb..masa terancang sungguh mengancam..tak sempat nak on pc diawal pagi..lepas amr breakfast, kuih yang dibeli ki mat,bawa dia naik kereta cari habuan untuk ibu..apa lagi, nasi kerabu..hmm sedap sungguh , lain kali boleh beli lagi..nenek Aidil yang jual. baru perasan dia menjual kat gerai C D Corner. En E dari P call suruh pergi ajar staff untuk UBS stock..hmm pikir2, ok jadi lah dan amr will stay with his mak this coming wednesday. harap2 dia tak menangis..
9.30pg amr tidur selepas mandi n susukannya. terus kedapur siapkan rencah untuk tumis putih ikan untuk amr coz ibu nak masak lemak nangka muda...hmm..cicah budu, sedap sekali. Ikan goreng hari ni special sikit, digaul dengan rempah ikan bakar..tenguk Alang sampai habis 3 kerat ikan..selalunya ikan goreng garam kunyit, disentuhnya tak mahu.hmm..selalu nak kena fikir n kreatifkan masakan agar anak2 menggemari...

12.45tgh bawa amr, pickup ateh..tenguk2 abah pun sampai juga kat sekolah..ibu pun balik dulu la...abah keluar sebab nak bawa Along buat IC tapi tak jadi pulak ari ni coz belum pun masuk JPN, security guard bagi tahu kamera rosak..bila la plak boleh ni..4.00ptg, amr tidur..ibu pergi library hantar buku yang dah 1 bulan overdue..tertangguh2 sebab seakan tak cukup masa aje nak jenguk library..rasa dah malu dengan librarian tu..macam biasa dia tak nak ambil duit denda..tapi ibu hulurkan juga memang tahu kita yang silap...the both kids dah siap semua homework coz ada tuition disebelah malam..
mak ambil amr pkl 6.30..macam biasa lepas maghrib balik la dia..
2 kids dah g tuition. abah dah dinner..so ibu bleh la lepak2 dpn pc..sambil layan amr..ari ni amr dah 9bln 12hari..dah pandai angkat tangan bila ibu tanya siapa nama ammar..tapi dia angkat both of his hand...

Saturday, January 8, 2011

2nd week of 2011


Cuaca pagi nampak cerah selepas 4 hari hujan yang berterusan but not really lebat. Masa hari ke 2..hari rabu..berdebar juga coz air longkang dah penuh dan saluran air mandi pun dah nampak air naik ke atas. Jika hujan lebat dan air pasang waktu senja tu..harus air masuk kebahagian dapur, seperti tahun lepas sewaktu ibu dan anak2 kat KMC kerana Mu'az kena asthma.
Alhamdulillah selepas kena teruk last November 2009, tiada lagi serangan asthma sehinggalah minggu pertama sekolah 2011..ada batuk sikit2. Ibu try dengar kat bahagian belakang..ada bunyi wisel sket..ibu tanya n advise guna chamber. Lepas 2 puff, alhamdulillah tak melarat. Terdetik juga, asthma tak sekerap tahun2 sebelum ni. Dengan izin Allah, berbagai2 kaedah dicuba, udang ketak, madu yang Su bagi yang dibeli di bumi Mekah..apa lagi yea..tiada lagi nebulizer digunakan sepanjang tahun 2010.
04012011-tok kepada ibu, moyang kepada anak2 dijemput Allah dengan tenang dan damai sekali, ketika umur menjangkau 98 tahun. Penuh dengan kenangan ibu bersama tok kerana ibu tinggal bersama tok semasa sekolah rendah. Ibu akan tulis special article untuk tok, sedang tulis,save n belum publish lagi.
Ammar dah tidur selepas menyusu untuk kali ke2 this morning. Ada another one step last night, semua abang2 excited. Along komen adik malu jika kita yang try dirikan dia suruh dia bertatih. Ammar membesar dengan all the members in family keep monitoring the development of growing. Ammar dah suka membebel with his own word...ate,ate...last week, mata nya bertahi. Ingatkan sakit mata. Ibu try juga menitikkan susu ibu kedalam matanya..menurut kata orang tua boleh menyembuhkan sakit mata. Tapi matanya tak merah. Tok chik advise sapukan minyak kelapa keseluruh badan..ammar panas dalam. Harini dah kurang sikit.
Hari ni plan masak ayam masak kurma..anak2 semua suka. Petang, abah plan nak gi wat IC untuk Along. Plan masa birthday Along, ibu nak buat kek coklat..tapi panggilan telefon dari Su pada jam 1.00 pagi 4hb tentang kematian tok..tak jadilaAdd Imageh kek. Along dah 12 tahun..semoga Along menjadi lebih matang dan anak yang soleh...

Wednesday, January 5, 2011

04012011-Tok kembali keRahmatullah...

telefon berbunyi jam 1 pagi...missed call dari su. debaran terasa kerana sudah agak larut malam. cuba telefon kembali..khabaran tok sudah tiada. bagi tahu hubby, terus kemas baju sehelai dua utk family..meredah kegelapan malam menuju kampung selama lbh kurang 2 jam perjalanan.
perjalanan roh nya amat mudah..tok mengambil makan malam spt biasa. dan seperti selalu..sebelum tidur..su yang sentiasa menyediakan supper (abah selalu puji su coz akan sediakan kopi etc sebelum tido..minum kopinya makin best tidurnya...) tok minta kopi dan memakan 3 hiris tembikai. su siapkan tok untuk tidur dlm pukul 10 lebih. dlm lebih kurang pukul 12.30, tok minta Aus (sedang menonton tv) panggilkan manya. Su pun masuk kebilik tok. Tok mengadu sakit dada dan tengkuk. Su gosok dan urut dan bubuh sedikit minyak ubat. Tok kata dia nak muntah kerana bau minyak ubat..su kata hanyalah airliur sahaja yang keluar. Tok mengadu sakit sangat dadanya..tok mengucap kalimah shahadat dan tiba2 badan tok seakan mahu terbaring semula tetapi badan seakan longlai. su memanggil ayahsu dan su terus kebilik air untuk berwudhu, bersedia untuk bacakan yasin. sepeninggalan su..ayah su kata dia sudah mendengar bunyi suara nafas terakhir tok yang tidaklah terlalu kuat..tok sudah dijemput Ilahi..semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh tok dan semoga tok sedang berada ditempat ahli syurga..amin..

Sunday, January 2, 2011

day 1 at school

Alhamdulillah..cuaca pagi ni tak hujan..kalau tak jam lar depan umah ni dgn kereta2 yang nak hantar anak pegi sekolah.
Along n Alang, naik van aje. Ingat ibu nak g hantar jugak..nak make sure dia duk kat bahagian depan, tapi ingatkan sikecil..hopefully they can manage by themselves. Along, year 6..UPSR is waiting for you at the end of the year. Harap Along improve yrself as now you are in 2nd class.
Ibu hantar Ateh, pra-sekolah. Ateh steady aje ..ibu know that u're really good boy.
Mcm tahun lepas juga..ada budak dah lari dari kelas..sampai kat depan umah..tanya nak gi mana..dia kata nak balik. Ajak naik kereta nak gi hantar rumah..dia cakap ayah marah naik ..bagus jugak but in the other side...camner nak buat dgn dia ni...at last jiran depan umah volunteer nak gi hantar kat sekolah semula. Abah dah tolong gi hantar budak darjah 4 yang suppose sekolah petang..kesian budak2..bangunan sekolah tambahan tak siap2..sessi pagi keseluruhan tak dapat dijalankan lagi..
Ibu mcm biasa lar..terharu bila tenguk parents hantar anak2 masuk sekolah..lihat wajah2 yang penuh harap agar anak berjaya..harap2 biar dunia akhirat yang mereka impikan..
Plan ibu ke bandar amik smart lock. Ammar will stay with his mak lar..Nak masak ayam masak merah..gembira dihati bila tenguk anak2 balik sekolah makan nasi lauk kegemaran mereka..YaAllah, permudahkanlah urusan hidup kami..Amin.